Khamis, 23 Februari 2012

KURSUS DI ILDAS

Rasa macam tak percaya je dipanggil berkursus di ILDAS setelah menyepi selama empat tahun. Pada ptang 19hb Feb, saya diberi arahan supaya berkursus di ILDAS selama dua hari. Rancangan asalnya saya dengan Ustaz Shahrullah. Malangnya pada pagi itu Ustaz Shahrullah idak sehat maka tempatnya diganti oleh Us. Basir. Saya membawa sendiri kereta saya ke sana.

Untuk ke sana awal-awal lagi kami telah diuji. Kononnya nak isi angin tayar kereta. Malangnya pam angin rosak menyebabkab angin yang sedia ada keluar hingga tayar menjadi kempis.Kami tiada pilihan lain melainkan menukarkannya dengan tayar spare. Itu itu ini kami bertolak meninggalkan KL pada jam (.00pagi.



 Orang yang membantu kami menggantikan tayar.

 Singgah sebentar buang air di Masjid Kuala Selangor


Ustaz Basir bin Masra- gantikan Us. Shahrullah pergi kursus di ILDAS
Rumah Api di Bukit Melawati, Kuala Selangor iaitu penempatan kedua Kerajaan Selangor


Tempat kami menginap di ILDAS

Dewan Kuliah

Peserta peserta kursus bergambar di dataran ILDAS


Kursus kami sepatutnya habis pada jam 5.00pm tapi oleh kerana pensyarah ada hal maka kursus ditamatkan pada jam 3.30pm. Peserta kursus apalagi macam lipas kudung tinggalkan ILDAS. Sebelum balik singgah sebentar kat kilang buat kueh pau. Industri kecil- kecilan ini diusahakan oleh En Mohamad Noor dan anak beranak. Siapa yang berminat bolehlah menghubungi En Mohammad Hakim (anak en. Mohd Noor ) di talian 019 3604766 atau 010 3016476. Email mohdhakim85@gmail.com


Kilang ini terletak di Parit Baru, Sungai Besar.

Masa nak ke ILDAS, kami ikut jalan Kuala Selangor - Sg Buluh. Jauh memang jauh.Saya dapat aklumat dari peserta kursus, rupanya ada lebuhraya yang menghubungi terus ke Jalan Duta iaitu Lebuhraya LATAR.. Memang cepat dan memendekkan masa perjalanan. Melalui lebuhraya ini saya tak perlu tawaf keliling estet dan melalui kuil Hindu. Jalannya agak lurus berbanding jalan lama Kuala Selangor - Sg Buluh yang bengkang bengkok dan banyak lori pulak tu.. Bayangkan saya dari ILDAS pukul 4.00pm sampai kat KL jam 6.20pn ( Lebih kurang dua jam lebih).   

Sampai rumah.. apa lagi zzzzzzzzz....

Baca Seterusnya,Sila klik di sini

Baca Seterusnya,Sila klik di sini

Baca Seterusnya,Sila klik di sini
Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com